Sunday, July 31, 2011

pesanan dari Imam aL-GHazaLi .. 'dan cintaiLaH siapa y engkw sukai .. namun ingat ! Engkw akn menerima baLasan'y nty ..'




Imam aL-GHazaLi berpesan :

waHai anak !!
nasiHat itu mudh , y sulit adalah menerima'y ; kerana terase paHit oLeH Hawa nafsu y menyukai segaLa y t'Larang .. terutama d'kaLangan penuntut2 iLmu y m'buang2 waktu dalam m'cari kebesarn dri dan kemegaHan duniawi .. ia mengira bahawa d'daLam iLmu y b'sari ituLaH t'kandung keseLamatan dan kebaHagiaan , dan ia menyangka xperLuw b'amaL .. iniLaH kepercayaan fiLsuf2 .. ia xtwu baHawa ketika teLaH ada pada seseorang iLmu , maka ape y membertkan , seperti d'sabda'n RasuLuLLaH SAW , " org y bert menannggung seksa d'hari kiamat iaLaH org y b'iLmu namun tidak m'dapat mnfaat dari iLmu itu .. "

waHai anak !!
jgnLaH engkaw Hidup dengan kemiskinan amaL dan keHiLangn kemaHuan kerja.. yakinLaH baHawa iLmu tanpa amaL s'mate2 tidk akn menyeLamt'n org .. jke d'suatu pertempuran ad se2org y gagh y berani dengan persenjataan lengkapd'hadap'n dengan seekor singa y galak , daptkah snjte'y melindungi'y dari bahaya , jke tidk d'angkat , d'pukuL'n , dan d'tikam'n ?? tentu sje tidk akn menoLong , kecuaLi jke d'angkt'n , d'pukuL'n dan d'tikam'n !!

demikian puLa , jke se2org m'bce dan m'peLajari 100,00 masaLaH iLmiaH , jke tidk d'amaL'n mke tidakLaH akn m'datang'n faedaH ..

waHai anak !!
berapa maLam engkw b'jage gne m'uLang2 iLmu , m'bce buku , dan engke m'Haram'n tdor atas dirimu .. aku tidk thu , ap y m'jdi pendorongmu .. jke y m'jdi pendorongmu adaLaH kehendak m'cri materiaL dan kesenangan dunia , atau mengejar pangkat atau m'cri keLebiHan atas kawan semata , mke maLangLaH engkw .. namun jke y m'dorongmu adaLaH keinginan utk m'Hidup'n syariat RasuLuLLaH SAW , dan m'nyuci'n budi pekertimu dan menundukkan nfsu y tiada Henti mengajak kepada kejaHatan , mke mujurLaH engkw .. benar sekaLi kate seorang penyair .. " biarpown ngntok menyeksa mata , aka percuma s'mate2 .. jke xkerana ALLaH semata .. "

wahai anak !!
hdupLaH sebagaimane mhumu .. baHawasanya engkw akn mtie ..
dan cintaiLaH siapa y engkw sukai .. namun ingat ! Engkw akn menerima baLasan'y nty ..

PEMUDA PILIHAN ..




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

"Berikanku sepuluh orang pemuda, maka akan ku goncangkan dunia.." – [Presiden Pertama Indonesia, Bung Sukarno]

PEMUDA.. itulah kuasa seorang PEMUDA. Mereka bukan seperti pemuda biasa-biasa, bukan juga lelaki dalam kebanyakan manusia, tetapi merekalah PEMUDA harapan BANGSA, RIJAL impian AGAMA..

"Harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu 'Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!!" - [Khalifah Islam ke-2, Umar Al-Khattab]

SubhanAllah, lelaki mana yang tidak mahu bercita-cita menjadi seperti ini?

Mustahil.. Jika mereka tiada berkeinginan untuk berusaha menjadi ke arah itu, mereka bukanlah PEMUDA yang digambarkan oleh Bung Sukarno, mereka bukanlah RIJAL yang dimahukan oleh Amirul Mukminin.. mereka hanyalah insan biasa-biasa, bukan INSAN LUAR BIASA.

"Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.." - [Surah Al-Kahfi, 18:13]

Ya Allah, bukan mudah untuk menjadi pemuda seperti itu, tetapi ia bukanlah satu perkara yang ganjil dan janggal dalam dunia sejarah kegemilangan Islam.

Lihatlah Sultan Muhammad Al-Fateh, Usamah bin Zaid, Salahuddin Al-Ayyubi, pemuda-pemuda Al-Kahfi, Saidina Ali, Imam Syafie' dan ramai lagi pemuda kebanggaan agama dalam sejarah kegemilangan Islam.

Mereka semua PEMUDA, mereka semua hampir sebaya kita.. mereka semua bercita-cita.. tetapi bukanlah bercita-cita sekecil jiwa kita, cita-cita mereka HEBAT.. impian mereka BERSEMANGAT.

SubhanAllah, bukti apa lagi yang kita mahukan untuk membuktikan pemuda seperti kitalah yang seharusnya bangun dari lena, sedar dari angan-angan yang sia-sia, bangkit dari alam maya ke alam yang nyata.

Siapa lagi yang akan jadi PENDOKONG UTAMA AGAMA, jika bukan dari dalam kalangan pemuda itu sendiri.

Andalah PEMUDA harapan AGAMA itu!

Lihatlah realiti masa kini.. pemuda kian longlai, pemuda semakin kusut masai, pemuda mudah dihina, pemuda senang dicerca.. pemuda tiada wawasan diri, pemuda tiada pegangan AGAMA yang sejati..

Ya Allah..

Katakanlah dalam diri, kamilah PEMUDA PEJUANG, PEMUDA yang bukan hanya duduk senang lenang, PEMUDA harapan AGAMA, PEMUDA perubahan identiti BANGSA.. kamilah orangnya!

Kamilah RIJAL yang ditungu-tunggu kehadirannya.. kami!!

Ya, kamilah orangnya, katakanlah dalam diri.. tekadkan dalam sanubari.. tanamkan dalam hati.

Justeru, untuk berubah dari seorang lelaki biasa kepada PEMUDA LUAR BIASA ini, ada satu perkara yang amat penting untuk kita sama-sama telitikan. Apakah ia?

Itulah HATI ..

"Dan sesungguhnya Tuhanmu, benar-benar mengetahui apa yang disembunyikan hati mereka dan apa yang mereka nyatakan.." - [Surah An-Naml, 27:74]

Jika seorang tentera itu mahu kekuatan dalam dirinya, latihan FIZIKAL merupakan latihan utama.

Begitu juga seorang PEMUDA. Jika dia mahu kekuatan rohani dalam dirinya, latihan HATI merupakan latihan yang asasi.

Untuk menjadi PEMUDA penyumbang dalam usaha menggapai 'ustaziatul'alam, HATI perlu bersih, HATI perlu jernih.. bersih dan jernih dari kufur serta segala macam kemaksiatan.

HATI itu ibarat kubu sebuah istana. Kita perlu mempertahankan kubu kita daripada diceroboh oleh Syaitan dan Iblis Laknatullah yang durjana.. kita perlu ada cara dalam mengawalnya. Kita perlu ada strategi untuk mempertahankannya.

Apakah cara dan strateginya?

Kita perlu mempertahankan pintu masuk kubu istana. Itulah strategi utama. Jika ini kita mampu lakukan, nescaya tentera-tentera Syaitan dan Iblis pasti sukar untuk menceroboh masuk ke dalam istana.

Persoalannya sekarang, apakah pintu-pintu masuk kubu tersebut? Atau secara realitinya, apakah pintu-pintu masuk Syaitan dan Iblis ke dalam hati kita?

Pintu-pintu masuk tersebut adalah sifat-sifat kita sendiri..

Sifat hasad dengki, ammarah yang keterlaluan, sifat suka bermusuh-musuhan, malas, pengotor, pengeji.. itu semua adalah sebahagian pintu-pintu masuk 'kubu istana'.

Kawallah pintu masuk tersebut, nescaya selamatlah istana.

Kawallah sifat-sifat mazmumah tersebut, nescaya selamatlah hati kita.

Itulah analoginya.. mudah untuk hadam dalam fikiran, tetapi payah untuk dilaksanakan.

Berusahalah untuk mendapat HATI yang suci, bersungguhlah demi memperolehi pangkat PEMUDA yang disegani RABBI.. nescaya pasti ada bahagian untukmu di Akhirat nanti. Percayalah!

Ayuh PEMUDA!!

Ayuh kita semarakkan semangat. Semangat yang kian lama terpendam, semangat yang sudah lama tertanam!

Jangan biarkan ia begitu sahaja, nescaya menyesal kamu di suatu ketika!

Gunakanlah jiwa pemuda kamu di tempat yang sepatutnya, di tempat yang membanggakan Islam, di tempat yang diredhai AS-SALAM.

Moga pemuda-pemuda pilihan seperti kita semua ini, bertemu gembira bukan sahaja di alam duniawi, malah bertemu riang di Syurga Firdausi. Insya-Allah.

Alhamdulillah.

SuraH Asy-Syams





"Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang.. Dan bulan apabila ia mengiringi.. Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata.. Dan malam apabila ia menyelubungi.. Demi langit dan yang membinanya (dalam bentuk yang kukuh - yang melambangkan kekuasaan-Nya).. Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya;serta mengilhamkannya jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada katakwaan; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih brtambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) ; Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya -yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) ... "

Hajat y x kesampaian ..

Seandainya hajat tak sampai
Tanah dan badan pasti berkecai
Terkubur harapan di liang cinta
Kasih ini kita semadikan..

Saturday, July 30, 2011

........

haha ..
terbanyak pulk ..
>_<

Aiman - Cinta Terakhir



be yourseLf ..

Afgan-PadaMu ku Bersujud-.wmv



be yourseLf ..

If we want Allah to forgive us, we should be forgiving of others and willing to overlook their wrongs. This is part of what it means to be good to others

NASIHAT DAK-DAK GEAR TETAP

NASIHAT DARI 'DAK-DAK GEAR TETAP[FIXIE]'[copy]
1. Murah memang bagus untuk mula, tapi jangan harap barang-barang semua tahan bila kamu turun bukit 40km/j.
2. Jangan turun bukit 40km/j kalau baru seminggu beli 'fixie'.
3. Long skid (skid telur atas stem) bukan cara untuk perlahankan basikal bila turun bukit. Skidstop atau short skid saja boleh. Kalau tak faham beza dua cara skid ini sila Google.
4. Kena ada toeclip/toestrap untuk buat skidstop. Kalau tak ada sila pasang brek.
5. Tengkorak kepala tak berapa keras. Sila pakai helmet.
6. Kalau ride malam, pasang lampu putih depan dan lampu merah belakang.
7. Selaju mana kamu ride pun kamu tak akan dapat race dengan rempit.
8. Jalan ikut trafik, jangan lawan trafik. Kalau ride ramai-ramai jangan ingat lori 1 tan tak akan langgar kamu yang berat kurang 100kg.
9. Bawak pam dan tiub tayar spare jika nak ride jauh2.
10. Tengkorak kepala boleh pecah. Sila pakai helmet.
11. Jangan pilih warna, pilih functionality dan kualiti.
12. Jangan pilih murah, pilih keselamatan dan kualiti.
13. Jangan bawak laju sebab orang lain semua bawak laju. Bawak laju kalau kamu rasa kamu boleh elak/berhenti dengan selamat dan cukup kemampuan.
14. Berlatih berhenti dengan selamat di kawasan tak ada kereta, rata, sebelum redah Jalan Ampang/Bukit Bintang/Changkat Duta.
15. Otak kamu tisu badan yang lembut. Sila pakai helmet.
16. Mula dengan ratio yang kecil untuk senang latih skid/naik bukit. (44x17 contohnya) Lepas dah cukup latihan perlahan2 naikkan ratio.
17. Jangan marah jika rider lain yang naik road bike/mtb semua bengang dengan kau. Salah sendiri sebab tak utamakan keselamatan. Kalau orang naik 'fixie' cedera/mati orang awam akan salahkan semua cyclist bukan 'dak-dak fixie' sahaja.
18. Tegur dan senyum semua jenis cyclist yang kamu jumpa. Naik 'fixie' tak menjadikan kamu lagi bagus dari road bikers/MTB secara otomatik.
19. Jangan pakai selipar.
20. Kalau kamu tak dengar nasihat dan kepala pecah, hanya salah sendiri. Tapi semua yang akan dipersalahkan. Jadi untuk kebaikan semua, sila buat inisiatif untuk keselamatan sendiri sebelum 'fixie' diharamkan di jalanraya

TOP UP

“Maaf,baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan”..

Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit.Selalunya,apabila kita ingin membuat panggilan,lebih-lebih lagi kepada yang tersayang,apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon,kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan ‘topup’.Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh.Tetapi,pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?

Cuba kita bayangkan.Satu hari,satu suara berkata kepada kita..“Maaf,pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”.Pernah tak kita berfikir seperti itu?Bayangkan di hari kebangkitan nanti,perkataan seperti itu diucapkan kepada kita.Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu?Apakah kita masih boleh men ‘top-up’ pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung.Bayangkan rasa kecewa yang menyelebungi diri kita,melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia,kecewa dalam interview,kecewa dalam kerja,dalam segalanya..........

-RENUNGAN BERSAMA-

Friday, July 29, 2011

Soal Jawab Solat :: Hukum Baca Surah pada Rakaat Ke-3 dan Ke-4 .

Setiap rakaat solat mesti dibacakan surah al-Fatihah sebagai salah satu rukun solat. Barangsiapa yang tidak membaca al-Fatihah maka solatnya tidak sah di sisi syarak.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak sah solat orang yang tidak membaca al-Fatihah.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bacaan al-Fatihah pada setiap rakaat sudah sedia dimaklumi oleh orang Islam sekaliannya. Namun, bagaimana pula dengan bacaan surah / ayat-ayat al-Quran al-karim selepas al-Fatihah? Sudah dimaklumi dan menjadi kelaziman bahawa disunatkan membaca surah / ayat-ayat al-Quran al-Karim selepas al-Fatihah adalah pada rakaat pertama dan kedua. Di antara dalil yang dikemukakan oleh para ulama adalah:

Berkata Qatadah R.A. bermaksud:
Nabi S.A.W. telah membaca Ummul Kitab (al-Fatihah) dan satu surah pada dua rakaat yang pertama solat Zohor dan solat Asar.
Dalam riwayat lain: Begitulah juga baginda S.A.W. lakukan ketika solat Subuh.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Aku tidak pernah mengikuti solat yang lebih menyerupai solat Rasulullah S.A.W. selain daripada solat orang ini. Ketika kami bersolat di belakangnya dia memanjangkan dua rakaat yang pertama solat Zohor dan menyederhanakan dua rakaat yang akhirnya. Dia juga menyederhanakan solat Asar manakala Maghrib pula dia membaca ayat yang pendek. Ketika solat Isyak dia membaca surah al-Syams dan yang seumpamanya manakala pada solat subuh pula dia membaca dua surah yang panjang.
(Riwayat an-Nasaie).

Walaubagaimanapun, bukanlah menjadi kesalahan untuk membaca surah / ayat-ayat al-Quran al-Karim pada rakaat ketiga dan keempat selepas membaca al-Fatihah. Ia bukanlah suatu bidaah dholalah dan dilarang sama sekali.

Dari Abu Said al-Khudri bahawa Nabi S.A.W. membaca (ayat) pada 2 rakaat yg pertama dari solat Zuhor kira-kira 30 ayat pada setiap rakaat. Dan pada 2 rakaat yang terakhir kira-kira 15 ayat. Dan pada 2 rakaat pertama solat Asar pada setiap rakaatnya kira-kira 15 ayat sedangkan pada 2 rakaat (yang akhir) setengah dari itu.
(Riwayat Muslim dan Ahmad).

Kesimpulannya, jika hendak membaca surah / ayat-ayat al-Quran al-Karim (selepas al-Fatihah) hanya pada rakaat pertama dan kedua sahaja dibolehkan. Hendak terus membaca juga pada rakaat ketiga dan keempat juga dibolehkan. Dan sesiapa memilih untuk tidak membaca surah / ayat-ayat al-Quran al-Karim pada setiap rakaat juga dibolehkan.


Wallahualam.

Ismi Fynaz
be yourseLf ..