Saturday, July 30, 2011

NASIHAT DAK-DAK GEAR TETAP

NASIHAT DARI 'DAK-DAK GEAR TETAP[FIXIE]'[copy]
1. Murah memang bagus untuk mula, tapi jangan harap barang-barang semua tahan bila kamu turun bukit 40km/j.
2. Jangan turun bukit 40km/j kalau baru seminggu beli 'fixie'.
3. Long skid (skid telur atas stem) bukan cara untuk perlahankan basikal bila turun bukit. Skidstop atau short skid saja boleh. Kalau tak faham beza dua cara skid ini sila Google.
4. Kena ada toeclip/toestrap untuk buat skidstop. Kalau tak ada sila pasang brek.
5. Tengkorak kepala tak berapa keras. Sila pakai helmet.
6. Kalau ride malam, pasang lampu putih depan dan lampu merah belakang.
7. Selaju mana kamu ride pun kamu tak akan dapat race dengan rempit.
8. Jalan ikut trafik, jangan lawan trafik. Kalau ride ramai-ramai jangan ingat lori 1 tan tak akan langgar kamu yang berat kurang 100kg.
9. Bawak pam dan tiub tayar spare jika nak ride jauh2.
10. Tengkorak kepala boleh pecah. Sila pakai helmet.
11. Jangan pilih warna, pilih functionality dan kualiti.
12. Jangan pilih murah, pilih keselamatan dan kualiti.
13. Jangan bawak laju sebab orang lain semua bawak laju. Bawak laju kalau kamu rasa kamu boleh elak/berhenti dengan selamat dan cukup kemampuan.
14. Berlatih berhenti dengan selamat di kawasan tak ada kereta, rata, sebelum redah Jalan Ampang/Bukit Bintang/Changkat Duta.
15. Otak kamu tisu badan yang lembut. Sila pakai helmet.
16. Mula dengan ratio yang kecil untuk senang latih skid/naik bukit. (44x17 contohnya) Lepas dah cukup latihan perlahan2 naikkan ratio.
17. Jangan marah jika rider lain yang naik road bike/mtb semua bengang dengan kau. Salah sendiri sebab tak utamakan keselamatan. Kalau orang naik 'fixie' cedera/mati orang awam akan salahkan semua cyclist bukan 'dak-dak fixie' sahaja.
18. Tegur dan senyum semua jenis cyclist yang kamu jumpa. Naik 'fixie' tak menjadikan kamu lagi bagus dari road bikers/MTB secara otomatik.
19. Jangan pakai selipar.
20. Kalau kamu tak dengar nasihat dan kepala pecah, hanya salah sendiri. Tapi semua yang akan dipersalahkan. Jadi untuk kebaikan semua, sila buat inisiatif untuk keselamatan sendiri sebelum 'fixie' diharamkan di jalanraya

No comments:

Post a Comment