Saturday, May 25, 2013

YA ALLAH, JAGALAH DIA UNTUKKU .

SELAGI DIA BELUM HALAL UNTUKKU. 




Aku serahkan penjagaannya pada-Mu Ya Allah. 
Kerana pada-Mu hamba berserah diri. 
Selagi dia belum halal untukku. 
Selagi dia masih menjadi asing bagiku..   


          Perjumpaan yang tidak disengajakan, pertemuan yang tidak direncanakan dan mencuri-curi pandangan menjadi sebab timbulnya sesuatu di mata kita. Semua itu sememangnya kesalahan kita. Semoga Allah mengampunkan dam memaafkan kita atas kesalahan-kesalahan kita ketika itu. 

          Akhirnya, hati pun tidak berdaya untuk menanggung beban. Dahsyatnya fitnah rindu pada bayangan yang melenakan hati dan fikiran. Hati benar-benar ingin memiliki tetapi aral melintang bertubi-tubi. 

          Bisikan hati tidak putus-putus mengipas hati menjadi gemuruh keinginan yang luar biasa dirasakan. Yang ada Lantunan Bait-bait Doa Yang Indah Untuk dia yang masih jauh untuk disentuh. Tidak mungkin hati akan menyentuhnya kerana dia bukanlah seseorang yang halal untuk kita. 


          Tangan tidak berdaya mendapatkannya, tidak bermakna mulut berhenti mendoakan kekasih hati. 
''Aku akan doakan dia bahagia dalam penantian. Adakah aku yang dinanti? Aku hanya memohon kepada Allah agar dia sentiasa dalam lindungan-Nya. Semoga dikuatkan hati dan imannya. Hati dan jiwanya bersabar bukan semata-mata untuk menungguku. Tetapi semata-mata untuk beribadah kepada Allah dengan mendapatkan pasangan paling bertaqwa yang dia inginkan. 

Aku tidak berhenti untuk selalu mendoakan dia yang di sana.


Ya Allah,
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku.
Seorang yang lebih mencintai-Mu lebih daripada segala sesuatu.
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau.
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-Mu. 
Wajah kacak dan daya tarikan fizikal tidaklah penting. 

Yang paling penting adalah sebuah hati yang 
sungguh mencintai kepada Engkau. 
Dan dia haruslah mengetahui untk siapa 
dan mengapa dia hidup, sehingga hidupnya 
tidaklah sia-sia. 

Seseorang yang memiliki hati yang bijak bukan hanya otak yang cerdas. 
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.
Seorang lelaki yang bukan sahaja memujaku tetapi dapat juga menasihati 
ketika aku berbuat salah.
Seorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku. 
Seorang lelaki yang dapat menjadisahabat terbaikku dalam setiap waktu & situasi. 
Seorang yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita tatkala berada di sebelahnya. 

Aku tidak meminta seseorang yang sempurna, 
Namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu.
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.
Seorang lelaki memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seseorang yang memerlukan senyumanku untuk megatasi kesedihannya.
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.   

Dan aku juga meminta :
Jadikanlah aku seorang wanita yanf dapat membuat lelaki itu bangga.
Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai-Mu,
sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-Mu, 
bukan mencintainya dengan sekadar cintaku,.
Berikanlah sifat-Mu yang lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu bukan dari luar diriku.. 

Berilah aku tangan-Mu sehingga aku selalu mempu berdoa untuknya.
Berikanlah aku penglihatan-Mu sehingga aku dapat melihat hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk sahaja.
Berikan aku kata-kata kebijaksanaan-Mu dan pemberi semangat, 
sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari,
dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi, 
dan selalu memberikan semangat untuknya. 
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, 
Aku  berharap kami berdua dapat mengatakan,
''Betapa besarnya ALLAH itu kerana dia telah memberikan kepadaku, 
seorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.''

Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan
Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Engkau tentukan. 




Hanya Allah yang tahu siapa yang akan mendampingi kita.

                                                      
                                                       YAKINLAH KEPADA ALLAH ! 



Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang dilakukannya dan dia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dlakukannya. (Mereka berdoa) : ''Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah ngkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri kemaafan kepada kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. 

( Surah Al-Baqarah : 286 )


TAWAQAL  TAWAKAL KEPADA ALLAH. =)


''Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. 
Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangkakannya. 
Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan 
mencukupkannya (mencukupkan keperluannya).''

( Surah ath-Tholaq : 2-3 )



No comments:

Post a Comment