Thursday, December 29, 2011

TEMAN DUNIA AKHIRAT ^^





Pertama kali kita berjumpa
Tidak kepastiannya ternyata
Diriku dipenuhi soalan
Ku tiada Teman..

Aku terlihat insan yang keliru
Air yang deras mencermin wajahku
Engkau menjelma memberi harapan
Menghulur tangan..

Sempena hari mulia ini
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali
Semua yang kerap kita mengadukan
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan..

Detik masa kini kedengaran
Aku mengucap selamat jalan
Kepada teman yang sering menghibur dengan gurauan..

Bagaikan anak yang baru lahir
Titisan mata pun mula mengalir
Di samping jalan kita menyebut kata terakhir..

Ku hargai semua yang terjadi
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti
Semoga dapat kita bertemu semula
Kerana aku yakin engkau akan sentiasa
Di hatiku..


Thursday, December 15, 2011

Tujuan Hidup .. +_+



kenapa kita pakai baju?
sebab kita nak tutup aurat kita, malu kalau jalan2 xpakai baju,kan?

kenapa kita pergi sekolah?
sebab mak kita hantar kita untuk belajar sampai pandai
supaya nanti besar2 boleh tolong mak

kenapa kita

makan?
supaya kita xkebul
ur
boleh mati kalau xmakan

nampak
semua benda yg kita buat,
ada tujuannya kan?
ada sebab kenapa kita buat benda tu

jadik,korang rasa,manusia ni,ye,kitala manusia,diciptakan oleh Allah,saja2 je ke?
kita ni diciptakan oleh Allah untuk buat semak bumi je ke?
kita ni diciptakan Allah untuk b
uat kerosakan je ke?
kita ni diciptakan Allah untuk hidup,dan kemudian mati macam tu je ke?

hey, kalau semua benda yg kecik2 yg kita buat pun ada tujuannya
xkanlah Allah cipta
manusia saja2
kannn?

tapi, tapi
ramai x yg tau apa tujuan
kita diciptakan?

apa, xtau?

malu x? malu x?

bersalah kan T.T

dah la Allah cipta kita lawa2,he
nsem2
boleh kita xtau apa kegunaan kita?

bayang,korang cipta kerusi
bila dah siap, korang nak dudukla atas dia
dah mmg korang cipta
kerusi tu utk korang duduk kan?
tapi, setiap kali korang nak duduk, kerusi tu lari
isssshhh
h!
xmalu punya kerusi
dia xtau ke kita cipta dia untuk bagi kita duduk?
haaaaahh!
lama2 korang annoying, korang terus buang kerusi tu,buat kerusi lain senang
sekarang, bayang, Allah cipta kita ada tujuan tersendiri
tapi, kita sampai 19+- tahun hidup, xtahu apa tujuan kita diciptakan?
dah xtahu,comfirm2 kita xbuat tugas kita
kalau kita pencipta kerusi tu ada hak untuk buang kerusi yg xtahu malu & xbuat tugas dia tu
Allah, pencipta kita pun mesti ada hak untuk buang kit
a yg xtahu malu hidup saja2 kat bumi Dia ni kan?
kaannnnnn?jawab2!ishhhh.malu la tu =.=

tapi kan, tapi kan
Allah tu Maha Pengasih, Maha Penyayang
Dia xpernah buang kita w
alaupun kita lupa tugas kita
walaupun kita xjalankan tanggungjawab kita
sebab apa?
sebab Allah sayaaaaaaaaanggg sangat sangat sangat kat kita
kita sayang Alla
h x?
ke sayang pakwe jek lebih??? *ni aku perli nih.la la la~~*


baiklah
walaupun kita xtahu apa t
ujuan kita diciptakan
xbermakna kita dah terlambat
jgn lepas baca post ni,malu sgt sampai pergi terjun bangunan pulak
xpasal2 jek aku kena sam
an kang
issssshhhh! =.=

tujuan kita diciptakan yg pasti bukan yg macam kita selalu pentingkan
bela
jar sampai kaya
kahwin sampai byk anak cucu
enjoy sampai mati
facebook sampai pagi
blogging sampai ..... (xnak cakap.la la la~~)
p/s : yg di potong tu mas
ih penting ok :P




sekarang, bukakla al-Quran kita sama2
tengok ayat2 nih

2 : 30

&
51 : 56

yg 2 : 30 tu cakap yg penciptaan manusia adalah utk menjadi KHALIFAH di bumi
khalifah kot!
ingat calang2 ke?
kalau kita tengok pemimpin, ada ke masa nak buat benda2 enjoy ni
haih2

tapi kan er
na
manusia ramai kot
macam mana semua nak jadik pemimpin?
kang negara serabut

hee
pemimpin xsemestinya pimpin negara jek sayang oii
diri sendiri pun kena pimpin gak
kan kan?
lagi, kawan2 pun kita kena pimp
in gak
mana boleh kita jek yg masuk syurga



ayat 51 : 56 pulak cakap pasal IBADAH
camon!
ni semua org tahu kot
tapi, xsemua org buat, kan?
kenapa?
ntah.jawapan ada kat diri masing2 :)

sekarang da tau tujuan hidup
ada x Allah cakap Dia cipta kita untuk bina kelab malam untuk kayakan negara?
xde kan?
ada x Allah cakap Dia cipta kita untuk kita dating malam2, pergi jalan2 ngan pakwe/makwe masa weekend?
xde kan?
jadik,kenapa ramai manusia lebih pentingkan benda2 macam ni?

tapi, xbermakna belajar, kahwin,etc tu xperlu
bila Allah cakap Dia cipta kita untuk jadik KHALIFAH
bukan bermakna kita kena ketuk pintu ke pintu 24 jam
pastu, baca hadis

'sesungguhnya, Rasulullah bersabda...'

mau org report kita gila =.=

bila Allah cakap Dia cipta kita untuk berIBADAH
bukan bermakana kita kena 24 jam bersujud, sampai makan apa semua xnak



x, ok
belajar,etc tu ALAT
alat untuk kita jalankan tanggungjawab kita
kalau kita xbelajar,macam mana kita nak tahu ilmu, macam mana kita nak berdakwah,kan?
kalau kita xmakan, macam mana kita nak larat beribadah pada Allah, kan?

tapi, secara terang2, banyak benda2 yg sebenarnya xboleh jadik alat
manusia buat
contoh, korang pikir sendiri
kang aku cakap, korang kata aku perli =.=

kahwin, alat kan?
kalau x macam mana nak capai tangga kedua dlm maratib amal
baitul muslim?

tapi, couple tu alat jugak ke?
ada2!
tangga kesatu setengah sebelum tiba tangga kedua baitul muslim tu
ceiiit =.=




*kau, kau cakap single pun boleh zina hati,betul tu.tapi,kau xboleh deny,bila couple,zina hati tetap terjadi malah mungkin lagi teruk.jadi,jgn jadikan 'ala,single pun boleh zina hati jugak' sbgi alasan!*

*kau,jgn pandai cakap belakang jek.berapi2.depan2,baik macam malaikat.camonlah.kita dah besar kot.maturedla skit =.=*





KINI JIWA ITU MERINDUKAN SYURGA ..

aku pandang sekeliling
andai masa itu mampu dilihat
pasti diri ini tidak mampu mengejarnya
langkah kakiku terlalu lambat
mereka yg sama2 ditarbiyah telah jauh meninggalkan aku
mereka semua berkejaran untuk menjadi muslim yg hebat
tapi aku? apa saja perubahan yg sudah aku lakukan sepanjang tempoh aku ditarbiyah?
pakaian?

'hah. setakat pakaian, mampukah hanya dgn merubah cara pakaimu membantu kamu menjadikan islam sebagai world order?'

bagaimana dgn sikap?

'apa perubahan yg kamu lakukan? adakah sikap kamu sekarang sudah benar2 melambangkan akhlak seorang pejuang islam?'

malu. aku malu.
mereka sudah lama kehadapan
seolah-olah tidak mahu berhenti
berpatah balik apatah lagi
tapi aku? sudah berapa perhentian yg terpaksa aku ambil?
berapa ratus kali diri ini terhenti kerana dilanda badai ujian yg Allah turunkan
sehingga kadang2 diri ini berputus asa untuk teruskan perjalanan
padahal diri ini sendiri sedar
lumrah si penolong agama Allah,perjalanannya harus susah
makin melangkah ke hadapan, makin dasyat badai yg melanda
bukankah itu yg Allah pesan di awal perjalanan?

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
[29:2]

Allah dah pesan, Dia akan uji kamu
dan namanya ujian semestinya susah
jadi, mengapa harus mengeluh?
kerana keluhan itulah menjadikan langkah kaki ini lambat
sehingga kadang2 seakan-akan tidak bergerak
tetap berada di takuk yg lama
di saat mereka semakin bangkit membanggakan agama
diri ini masih ragu2 untuk terus melangkah
kerana diri ini sedang tertipu
tertipu dengan nikmatnya dunia
diri ini terlalu selesa
terlalu asyik bermain dgn dunia
sehingga lupa akan tugasnya sebagai hamba


Allah

wahai diri
dulu, semalam dan hari nii
kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dgn mengingkari Allah
lau kau tunduk kesedihan dan kebuntuan
kau benar2 kebingungan dan bertanya

'apa yg harus aku lakukan utk menebus kelelahan umat ini?'

[bukankah kau adalah daie dan mujahidah?]

'tapi langkah kakiku terlalu lambat'

[kau lambat kerana kau sendiri sibuk dgn urusan duniamu
mengejar impianmudan lupa akan hari kebangkitan
pada hari itu, amalmu terbentang, tubuhmu terbuka
apakah di sana ada bekal buatmu wahai diri?]

"pada akhir zaman, org2 yg memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api. andai terus digenggam hancur luluh jiwanya.namun andai dilepaskan hancurlah dunia"

wahai diri
jangan takut untuk berjuang
bukankah jiwamu merindukan syurga?

Monday, December 12, 2011

Buatmu Insan Bernama Lelaki ..


"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.

Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.
credit to:"titipan buat wanita".

UKHUWAH ITU SANGAT INDAH !!

AsSaLamu'aLaikum..

hari terdetik untuk mencoret satu coretan di teratak usang ini..
untuk post kali an pilih tuk cakap sal ukhwah..in malay nye hubungan..
erm..org slalu cakap ukhwah fillah..dulu selalu gak tulis lam mesej
..ckp2..tapi xpernah menghayati ertinya yg sebenar..
sejak masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan

Bandar Tenggara 2,
ana dpt rase sume tu..tapi bukanlah bermaksud tidak menghargai kawan2 di sekolah menengah dan rendah..tidak sama skali..kalian adalah sahabat dunia dan akhirat..suka duka bersama selama ini xpernah ana lupa..



disini ana belajar apa itu erti ukhwah yg sebenar..berpaksikan kecintaan kepada Yang Maha Esa..mereka sentiasa ada walau untuk suka atau duka..pernah suatu ketika..ana menangis kerana mendengar pesanan seorang kakak senior.. lantas an mengucapkan syukur kerana ana dipertemukan Allah dengan sahabat yg sebenar2nya sahabat..kerna sahabat yg sejati adal
ah sahabat yg sentiasa mengajak kita kearah kebaikan..yg mana melihat dia adalah melihat kearah kebaikannya..
disini juga ana mengenal erti hidup yg sebenar..mengenal Yg Maha Esa..dulu terasa diri sudah cukup ilmu..lebih dari org lain..tapi an terSANGAT silap..ilmu ini hanya hujung percikan dari setitik air yg datang dari sejuta lautan yg xpernah habis..betapa sedikitnya ilmu ana..
disini sahabat2 banyak membantu dan mereka xpernah berkira untuk semua itu..
mereka sangup berhabis duit demi sahabat ini..demi menggembirakan hati ini..sungguh mulia dirimu sahabat..
moga dirimu sentiasa dilimpahi rahmat Allah dan diberkatiNya..
semoga UKHWAH ini akan membawa kita ke syurga nan kekal abadi..


buat dia..ana xtahu apa salah ana..dulu dia org yg pertama akan wish..tapi hari tu dia langsung xwish..ad rase terkilan tapi biarlah..dan disini..ana mohon seribu kemaafan kalo ad terguris hati kamu..maaf dan terima kasih untuk segalanya..

Sunday, December 11, 2011

*~*~* Hidup Ini Terlalu Singkat *~*~*

AsSaLamu'aLaikum..



Waktu-waktu cmnie memang seronok utk cari ILham. cari idea, buad krje, siap'n latihan, UPDATE BLOG salah satu'y. Okay !! ^^ Guna'n mse yg ade ni dengan betul. Xperlu ckp banyak2 sebab hakikat'y hidup ini terlalu singkat. Sngt singkat. Antum2 rase x..??



























PERBEZAAN 2002 HINGGA 2011.


Hidup ni memang singkat kan.. Pejamcelik2, dah nak masuk tingkatan 3 rupe'y. Msih ingat lagi kenangan waktu kecik2 dulu. Main masak2, main jual2, main kawin2, main batu seremban, main tutup botol, dan yang seangkatan dengan'y la. Hehe. :P

Memang cepat btol la mase berlalu. Bile dudok sorang2, terkenang blik zaman2 dulu. Kenangan dulu, seronok sangat rse'y. Lagi2 mse kecik. Bg ana, waktu kecik la wktu yg pling BAHAGIA dalam hidup. Apa yg ana nk, semue dapat. N xperlu bersusah payah nk pikir itu ini,, main je krje'y.. =D

Yela, realiti hidup kan. Yd tiada kpd ade. Yg muda m'jadi tua. Yg ade kpd tiada semule. Kitaran hidup yg ALLAH tetap'n utk makhlukNya. Semua tu mengajar kitew supaya menggunakan mase dengan sebaik'y untuk menjlankan tugas serta tanggungjawab sebagai Hamba dan khalifahNya di muka bumi ini. Sampai mase nnti, kitew pown akn tiada. Betul kan..?? Cuma mase dan ketika je x diketahui.

Hidup ini memang singkat. Tnpa disedari, mse berjalan dan terus berjalan dan kitew pown semakin membesar, meningkat remaja

dan nnti tua akhirNya kembali kepadaNya. Mase berjalan tnpa boleh diundur. Benda yg paling jauh dengan kita ialah MASA dan
yg paling hampir dengan kita ialah MATI.


Oleh itu, hargailah ape yg ade di sekeliling kitew dan
jangan biarkan nya. Sayangi org y menyayangi diri kitew dengan sepenuh hati terutamanya ibu bapa dan keluarga. Jangan pula menyesal di kemudian hari. Hargailah kawan2 serta org yg ade di sekeliling kitew kini. Hargai juga setiap detik dan setiap saat yg berlalu. Kerana walaupun sesaat, kitew masih xdapat mengulanginya kembali.


P/s : Tiba2 hati ni terasa sayu pulak. Waktu stress cuba duduk sendirian dan ingat kembali memori lama. Mesti akan gelak sendiri dan rasa macam nak balik ke zaman tu. Tapi hakikat'y tak boleh. Kenangan tetap akan m'jadi kenangan... =)

WasSaLam..

Saturday, December 10, 2011

MONOLOG H.A.M.B.A.

aku impikan diriku
yang sentiasa ghairah bertasbih
mengadu rindu padaNYA
mengasihiNYA sepenuh jiwa raga
mencintaiNYA sekuat hati


aku impikan diriku yang dentiasa mengalirkan air mata
akibat rindunya aku pada penciptaku
akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat
akibat segannya aku kerana sering menipu
kecintaanku padaNYA


aku impikan diriku yang sentiasa bergetar hatinya
pabila nama tuhanku disebut
jantungku berdegup kencang
bila disebut azabNYA
tetapi tenang semula
bila dicerita kasih sayangNYA


aku impikan diriku
yang setiap detik mengingatiNYA
akan nikmatnya yang tidak terhingga
kerana aku tiada apa-apa
dialah yang MAHA PEMBERI


aku impikan diriku
yang sentiasa bertawakal padaNYA
yang maha mengetahui apa yang terbaik buat diriku
maha suci dari menzalimiku
kerana DIA penciptaku
yang penuh dengan kecintaan pada makhluknya yang dhaif
seperti aku....

Saturday, December 3, 2011

Antara Dilema seorang Wanita dengan Dilema seorang Muslimah..




Sungguh sejak akhir-akhir ini, hati ini sentiasa resah. Kadang-kadang sibuk memikirkan soal keduniaan, kadang-kadang juga rungsing soal ukhrawi. Allah, berat sungguh dilema diriku ini. PadaMu Allah tempat ku berserah.


Andai kalian menjadi diri ku, manakah menjadi keutamaan kalian wahai para wanita juga yang bergelar muslimah? Jika ditanya pada diri ini, sudah pasti jawapannya dilema muslimah yang akan dipandang berat berbanding dilema seorang wanita yang juga ada pada diri ini. Kerana ianya adalah urusan remeh berbanding soal aqidah dan perjuangan yang jauh lebih penting dari segalanya. Namun, dilema wanita itu yang lebih menyesakkan fikiran walau sedaya mungkin cuba dijauhkan. Sungguh syaitan itu tidak pernah berputus asa mengganggu hamba yang sedang cuba menjadi terbaik di sisi Allah..


Pasti kalian tertanya-tanya apa bezanya dilema wanita berbanding muslimah yang di maksudkan. Bagi diriku, jika aku ditimpa dilema wanita, ianya adalah kerana aku lebih utamakan pandangan manusia. Dan apabila ditimpa dilema muslimah, ianya kerana aku cukup risaukan pandangan Allah.


Sebagai seorang wanita, siapa yang tidak mahu kelihatan sempurna di mata manusia, bila direndahkan yang kita tidak secantik mana-mana wanita yang lain, pasti ada terselit sedikit kesedihan bahawa mengapa aku tidak secantik dirinya..


Namun, perasaan ini ditangkis secepatnya,

kerana aku seorang MUSLIMAH, tiada masa untuk aku fikir soal cantik di mata manusia,sedangkan aku punya Allah yang sedang menilai kecantikan hatiku, keindahan akhlakku serta kesanggupan aku berkorban untuk Islam.

Sebagai seorang wanita, siapa yang tidak mahu kelihatan sempurna di mata manusia, bila diejek kita gemuk, tidak seramping model atau pendek kata dirinya, pasti ada terselit sedikit kesedihan, mengapa aku tidak sekurus dia, maka sanggup tidak makan, menahan lapar, kemudian mengenakan pakaian cantik berfesyen, biar dipuji orang, wah dah kurus nampak, apa rahsianya..


Namun, rasa itu dibuang sepantasnya, kerana aku seorang MUSLIMAH,

masa yang aku ada terlalu singkat, tidak sempat untuk aku bicara soal kecantikan tubuh badan, menjadi kurus bukan bermakna cantik, kerana masa yang berbaki untukku perlu dimanfaatkan untuk merancang strategi perjuangan, bagaimana nak menumbangkan musuh Islam, kerana kesihatan yang aku ada perlu digunakan untuk aku berada di barisan hadapan, menjadi pejuang agama Allah dan syahid, barulah cantik aku di mata Allah..

Sebagai seorang wanita, siapa yang tidak inginkan kekayaan,

boleh diguna untuk membeli barang-barang perhiasan, make up, baju cantik, kasut dan sebagainya, cemburu melihat rakan2 yang lain dapat apa sahaja yang mereka minta, tidak seperti diriku, ingin gunakan RM1 pun perlu berkira-kira, bimbang tidak cukup dikemudian hari.. lalu mengeluh, kenapa aku tidak sekaya dirinya, macam-macam yang dia ada..

Namun, perasaan itu disingkir secepatnya, kerana aku seorang MUSLIMAH, aku perlu bersyukur dengan apa yang dimiliki, kerana ianya lebih baik dari tidak memiliki apa-apa, wang dan harta boleh lesap sekelip mata, tetapi kekayaan amal ibadah yang akan ku bawa mati, mengapa perlu merintih, sedangkan aku ada Allah yang Maha Kaya, malahan bukan setakat RM1 tetapi RM50 itu tidak perlu teragak-agak untuk aku dermakannya, kerana aku yakin ganjaran yang lebih baik itu pasti ada walau tidak kira bila waktunya dan apa bentuknya, kerana bumi Allah ini luas, nikmatnya tidak terkira, maka nikmat yang mana yang kita dustakan.


Sebagai seorang wanita, aku juga punya perasaan ingin dikasihi, jika aku tidak belajar agama, pasti sudah banyak kali aku bercinta, kemudian putus dan bercinta lagi, mengikut gaya hidup remaja kini, jika tiada teman lelaki, malulah kerana diri tidak disayangi, terpaksa tengok rakan2 kehulur hilir sana sini dengan

boyfriend yang rasanya setiap bulan asyik bertukar ganti..

Syukurlah perasaan itu tidak wujud dalam diri, kerana aku seorang MUSLIMAH, tiada masa untuk aku habiskan bersama teman lelaki, kerana masa yang aku ada sibuk digunakan untuk gerak kerja haraki, biarlah aku tidak mendapat cinta lelaki, kerana aku ada Allah, matlamat utama hidup dan mati..

pemilik cintaku yang hakiki, untuk aku terus mengejar nikmat syurgawi. Sungguh, jika aku letakkan diriku sebagai seorang wanita, pasti rasa itu yang datang pada hati, maka Ya Allah, jadikanlah aku muslimah haraki sejati. Jauhkanlah perasaan remeh seorang wanita pada diriku. Kerana tidak sanggup bagiku mensia-siakan masaku memikirkan semua itu. Allah.. MasyaAllah.. Tabarakallah.. Ampunkan aku Ya Allah..


Fikir-fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku

yang bergelar seorang wanita.. Aku lebih suka andai diriku digelar seorang muslimah walaupun aku tidak layak untuk itu..