Wednesday, November 23, 2011

hatiku menangis lagi .. =,=''


Sahabat, mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari. Yang ketika hal itu terjadi, kita merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah kemana atau pergi mengembara jauh ke sana. Hati terasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga.

Sahabat, bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berbagi cerita, berbagi duka, dan berbagi rasa. Hidup akan terasa semakin terseksa hingga tak lagi bermakna.

Sahabat, bila itu yang kita rasakan. Mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan tertegun dalam kesunyian, disaat itu sebenarnya Allah ada. Ia selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam. Ia akan selalu mengiringi tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini.

Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya namaNya tertera dalam hati kita. Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintaiNya dengan sepenuh jiwa.

Pernahkah kita menyedari hal itu?

Betapa Allah telah memberikan begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita. Allah telah membuat hati yang muram menjadi bersahaja, yang suram menjadi bercahaya, yang lugu menjadi dewasa, dan yang kerdil menjadi raksasa. Seperti kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita. Sehingga dengan sepi itu kita mampu lebih khusyu' mendekatiNya.

Sahabat, disaat seperti itulah, kita harusnya melakukan perenungan yang lebih panjang dan mendalam untuk berkaca dan mengamati apa yang ada di hati kita. Adakalanya hati kita tidak sanggup lagi menahan duka kesepian itu, sehingga jiwa merasa pedih dan sedih. Dan kita terpaksa harus membiarkan air mata mengalir membasahi pipi kita. Bila itu yang terjadi, maka biarkanlah! Berikan kesempatan bagi hati untuk menangis, membebaskan kegelisahannya, mengungkapkan keluh kesahnya, dan mengeluarkan beban yang begitu berat ditanggungnya.

Namun niatkanlah tangis itu untuk Allah semata, niatkanlah tangis itu untuk mengadu padaNya, sebagai tanda bahwa kita sayang dan bergantung padaNya. Ingatlah apa yang dikatakan oleh Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah, "Allah memberikan kita air dengan hujan dan menebarnya di tujuh samudera, sementara ia hanya meminta beberapa tetes dari air mata kita dan itupun kita masih saja enggan memberikannya."

Sahabat, tidak ada yang sia-sia dari setiap takdir yang telah Allah tentukan bagi umatNya, selalu ada manfaat dalam ciptaanNya, selalu ada kemudahan setelah kesulitan, dan selalu ada balasan setelah penghitungan. Segalanya telah diatur sesuai kadar kemampuannya masing-masing. Tinggal bagaimana kita mau bersungguh-sungguh menjadikan semua itu sebagai proses pembelajaran guna meningkatkan potensi diri atau hanya berpangku tangan menunggu keajaiban datang. Jangan mimpi di siang hari, sahabatku!

Sahabat, ada baiknya kita ucapkan saja selamat tinggal duka, pupuskan semua rasa kecewa, angankan kembali cita-cita, besarkan hati dan pertebalkan rasa percaya diri serta bersungguh-sungguh berusaha dan berdo'a. Insya Allah kesuksesan telah menanti. Jadi untuk apa bersedih? Raih kebahagiaanmu sekarang juga!

Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa. Seluruh perkara dalam hidupnya bernilai positif baginya. Ketika mendapatkan kemudahan maka dia bersyukur. Sesungguhnya itu baik (positif) baginya. Dan ketika mendapatkan kesulitan maka dia akan bersabar dan itupun baik (positif) baginya."

Tuesday, November 15, 2011

Hadiah Cinta Dari ALLAH .


Sungguh, tahun ini Allah telah memberi peluang sekali lagi untuk diri meneruskan saki baki hidup di atas muka bumi. Wahai Allah, pemilik nyawaku, hadiah yang Engkau berikan padaku tahun ini setelah 14 tahun mempelajari erti hidup, cukup yakin untukku untuk terus teguh di jalan ini. Tabahkanlah hatiku dalam memperjuangkan agamaMu.

Untuk kali kedua, dilepaskan oleh Allah dari medan kematian, membuatkan diri memuhasabahkan bagaimana perjalanan hidup andai Allah bukan menjadi matlamat utama. Pasti malang jiwa batinku. Menyambut ulangtahun kelahiran dalam ketidakupayaan, membawa diri belajar soal pengharapan pada Ya Khaliq. Banyak perkara bermain di fikiran. bagaimana kemalangan yang dihadapi, yang cukup untuk menarik nyawaku, namun fungsi tangan dan kakiku masih Allah pelihara. Aku masih mampu bernafas lega. Dan kini kesihatanku juga beransur pulih walaupun doktor menjangkakan ianya mengambil masa berbulan2. Semuanya atas kekuasaan Allah dan juga doa sahabat2.

Apabila berkait soal nyawa, air mata mengenang dosa juga mampu mengalir membasahi wajah. Tidak mampu untuk berkata apa2 melainkan Ya Allah, moga dosa-dosaku yang lalu terhapus dan aku mampu meneruskan sisa hidup ini untuk redhaMu Ya Allah, untuk jalan perjuangan yang telah mengkhitbah diriku, untuk kewajipan menuntut ilmu untuk keagungan agamaMu. permudahkanlah urusanku Ya Allah.


sabda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam “Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara: Hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan kaya sebelum fakir.” (Riwayat Hakim dan Baihaqi daripada Ibnu Abbas)

Membentuk Diri Di Medan Haraki.



Tarbiyyah bukan untuk orang yang manja.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Da'wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan da'wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri, dan sebaliknya..

-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila diadalam kesusahan..Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

-yang cepat mengalah,

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara `penting' yang lain..

-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta'dil harakh ini dan itu.

Da'wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Da'wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

Da'wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah..

Da'wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Da'wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Da'wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

"Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.." ~mustafa masyhur

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da'wah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da'wah,
Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.

Da'wah tak memerlukan anda..
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda..
Berbahagialah seadanya..

kerana..

" Allah bisa beri kemenangan kepada Islam semudah Allah turunkan hujan daripada langit..." ~Syed Qutb~



UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG, HARI INI MESTI LEBIH BAIK DARI SEMALAM...

NILAI AKU DI MATAMU SAHABAT.


Sahabat selamanya.. satu ungkapan yang cukup indah terutama bagi mereka yang sedang memupuk ukhwah.. Begitu juga pada ana. Kerana ana juga punyai sahabat dan boleh jadi ana juga diiktiraf sebagai sahabat kepada seseorang yang ana tidak ketahui. Sungguh bahagia jika kita bersahabat untuk setia. Namun, sejauh mana ianya hanya menjadi ungkapan semata-mata, praktikalnya tiada..

Siapakah ana di mata sahabat-sahabat sebenarnya.. persoalan ini terus menjadi tanda tanya..
Dan biarlah ianya tidak berjawab kerana ana memang sedia tahu, mendapat nilaian yang mulia di mata manusia bukanlah apa-apa. Kerana apa yang dikejar adalah nilaian Allah yang lebih menggamit jiwa, meruntun rasa cinta.. Cukuplah setakat ini kita berdrama dan hentikan sketsa kehidupan ini, Semoga satu hari ukhwah sejati itu dapat ana rasai,
sebelum ajal menanti tiba di sisi..

Ya Allah, di malam ini, bimbang untuk ana menutup mata. Kerana barangkali esok adalah pengakhiran bagi diri yang hiba.. Oleh itu, ku ungkapkan kata memaafkan buat semua sahabat yang ana cinta.. dan moga mereka turut memaafkan diri ana yang hina..

Sungguh ku tak sangka, ana adalah antara insan yang tidak layak merasai nikmatnya sahabat setia di sisi.. Biarkan rasa ini menghilang, kerana ana bimbang ianya akan menghantui matlamat perjuangan sebenar diri, iaitu untuk mengejar keberkatan dari Ilahi.. Bersederhanalah dalam persahabatan. InsyaAllah kita tidak akan melihat kelemahan sebagai satu kelemahan..

Pinta akhirku,
Janganlah jadikan ana sahabat andai kerana kelebihan ana,
Janganlah jadikan ana sahabat andai kerana kebaikan ana,
Tetapi, Jadikan ana sahabat kerana Allah matlamat kita yang sama..

" Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.


Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri. Mencari sahabat pada waktu susah. Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan. Pasang surut persahabatan. Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.



Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.


Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai. Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.. "

JIKA SENDIRIAN ITU MENJADI PILIHAN ANA .


salam.. buat sahabat kecintaanku..

Ana cukup tahu bahawa enta merasakan sebegini.. ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini kerana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang digeluti, kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. hanya bersama kelompok sendiri, dan mad'u dibiarkan lari.. Jika terus begini, lebih baik berdakwah sendiri saja."."Akhi, jama'ah ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT."


Ana cuba beri analogi. "Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di tepi jalan atau mencuba memperbaikinya?

sudah tentu baikinya bukan.. Akhi, ketahuilah,"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan ahli dalam jemaah, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerana di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka.""Futur, mundur lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidak kesepakatan selalu diselesaikan dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" "Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai'e. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh Allah swt untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya membongkarnya, yang menjadikan ia semakin meruncing dan membarah."

Jika bukan kita, siapa lagi, jika bukan sekarang, bila lagi, jika bukan di sini, di mana lagi... kita SATU KELUARGA. satu kebahagiaan buat ana selaku insan kerdil yg x punya apa2 jika enta berusaha membantu mana2 kelompangan yang ada. Bukannya pergi membawa diri akibat masalah yang dilihat boleh memberi mudharat pada jamaah. Ambillah iktibar dari kisah Nabi Yunus.. Moga redha Allah mengiringi perjalanan gerak langkah kita untuk Islam tercinta.

Tulus dari sahabatmu selamanya..

Sunday, November 13, 2011

Minta izinMu .


♥ Dengan izinMU, YA Allah...
~Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintaiMU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMU, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.
~Berikanlah sifatMU yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMU bukan dari luar diriku.
~Berilah aku tanganMU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.
~Berikanlah aku penglihatanMU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.
~Berikan aku mulutMU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat menceriakan harinya dan aku dapat tersenyum padanya di setiap pagi.

♥ Ya Allah...bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan, "Betapa besarnya Tuhan itu kerana Dia telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna."

♥ Ya Allah...Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.

Amin.~♥~